- Dr. Nisa's Newsletter
- Posts
- Soalan Klinik Minggu Ini: Issue #1
Soalan Klinik Minggu Ini: Issue #1
3 soalan sebenar setiap minggu, terus dari klinik dan DM saya
Setiap minggu, saya jawab tiga soalan sebenar yang saya dengar dalam klinik atau DM. Yang biasa orang tanya time tengah malam sambil scroll phone, risau sorang-sorang.
Ini Issue #1 Soalan Klinik Minggu Ini.
Baru join? Setiap Jumaat, saya jawab 3 soalan sebenar dari klinik dan DM. This is how it works.
Soalan 1
Photo by Troy T on Unsplash
”Baby baru start solids, dah lima hari tak berak. Fully breastfed, tak meragam, perut okay je. Sebelum ni berak setiap hari. Normal ke?”
Memang normal. Ini salah satu soalan paling kerap saya dengar bila baby baru kenal makanan pejal.
Badan baby tengah adjust. Dulu susu je, sekarang ada makanan pejal. Jadi corak poo pun berubah. Selalunya jadi lebih jarang (less frequent) seketika. Tu normal.
Yang penting bukan berapa hari sekali. Yang penting baby okay ke tak, sepanjang masa tu.
Tengok ni:
Dia ceria, tak meragam sakit.
Perut lembut, tak keras kembung.
Bila berak, teksturnya lembut. Bukan keras macam batu.
Kalau semua okay, perhati je dulu. Selalunya settle sendiri dalam beberapa hari.
Bila kena jumpa doktor: seminggu langsung tak berak · berak keras sampai dia sakit nak keluarkan · ada darah dalam berak · muntah atau nampak tak selesa. Tu tanda untuk datang check, bukan tunggu je.
Check ini:
Dia selesa. Tak meragam, tak nampak dalam kesakitan.
Perut lembut, tak kembung teruk.
Bila akhirnya poo, teksturnya lembut. Bukan keras macam batu.
Kalau semua tu okay, perhati je dulu. Biasanya settle sendiri dalam beberapa hari.
Bila kena jumpa doktor:
Seminggu tak berak langsung.
Poo keluar keras dan dia sakit nak berak.
Ada darah dalam berak.
Muntah atau nampak tak selesa.
Itu tanda untuk datang check, bukan tunggu je.
Soalan 2
Photo by Helena Lopes on Unsplash
”Anak saya dah setahun lebih, foodie giler. Tak memilih makanan pun, tapi macam tak tahu bila nak stop. Risau dia jadi obese. Betul ke ‘perut anak pecah’ dan portion dia akan jadi besar selamanya?”
Dua part kat sini.
Satu, foodie tu blessing. Ramai mak ayah risaukan anak yang tak nak makan. You dapat yang sebaliknya. Appreciate that.
Dua, “perut pecah” tu myth. Perut anak bukan belon yang pecah bila terisi banyak. Yang sebenar berlaku, saiz perut membesar secara semula jadi ikut usia. Perut budak setahun memang lagi kecil dari perut budak lima tahun. Itu perkembangan normal, bukan sebab makan banyak sekali.
Jadi apa patut you buat? Bukan control setiap suap. Buat struktur. Tiga waktu makan utama, dua snek, dalam masa yang tetap. Tak munching sepanjang hari.
Dalam struktur tu, biar dia yang tentukan berapa banyak. Jangan paksa habiskan satu pinggan. Jangan paksa berhenti juga kalau dia memang lapar. Anak-anak ni pandai baca signal badan sendiri kalau kita tak masuk campur sangat.
Cara betul nak check kalau risau berat badan, bukan tengok berapa banyak dia makan hari ini. Tengok growth chart dia. Itu report card sebenar.
Satu lagi. You dibenarkan cakap “cukup” bila orang lain (nenek, makcik, jiran) asyik bagi snek free-for-all. Tu bukan kejam. Tu you jaga struktur makan anak you.
Kalau memang risau tentang growth dia, itu topic yang elok di bincang di appointment akan datang.
Soalan 3
Photo by Helena Lopes on Unsplash
”Anak saya sekitar tiga ke empat tahun. Dia faham semua arahan saya bagi, tapi belum reti sambung ayat. Macam mana nak encourage dia cakap lebih?”
Ini soalan yang saya suka sebab ada good news, dan ada bahagian yang perlu kita ambil serius.
Good news dulu. Faham arahan tu big deal. Dalam bahasa perkembangan, ini dipanggil “receptive language”, kebolehan faham apa orang cakap. Kalau anak you faham arahan macam “amik kasut, letak dalam bag”, itu petanda otak dia proses bahasa dengan baik. Ini genuinely tanda yang bagus.
Tapi “expressive language”, keupayaan cakap dan sambung ayat, itu bahagian lain. Kalau dalam usia ni dia masih tak ada connecting words langsung, jangan tunggu dan harap dia catch up sendiri. Ini benda yang patut kita nilai dengan assessment yang betul. Bukan DM, walaupun cakap banyak-banyak dengan dia di rumah tetap membantu.
Kenapa saya kata jangan tunggu? Sebab early intervention memang buat beza besar. Lagi awal kita tahu apa yang berlaku, lagi awal kita boleh bantu, dan lagi cepat progress datang.
Kalau ini fit description anak you, jangan self-diagnose atau tunggu lagi. Boleh mula book assessment di sini: www.drnisakhalil.com/appointment
Itu je untuk Issue #1. Kalau you ada soalan yang selalu terfikir waktu tengah malam, reply email ni je. Soalan you mungkin muncul dalam newsletter minggu depan.
With lots of love and a warm hug,
Dr. Nisa Khalil
Know a parent who’d find this useful? Forward this email. 💜
