- Dr. Nisa's Newsletter
- Posts
- Soalan Klinik Minggu Ini: Issue #2
Soalan Klinik Minggu Ini: Issue #2
3 soalan sebenar setiap minggu, terus dari klinik dan DM saya
Setiap minggu, saya jawab tiga soalan sebenar yang saya dengar dalam klinik atau DM. Yang biasa orang tanya time tengah malam sambil scroll phone, risau sorang-sorang.
Ini Issue #2 Soalan Klinik Minggu Ini.
Baru join? Setiap Jumaat, saya jawab 3 soalan sebenar dari klinik dan DM. This is how it works.
Soalan 1

Photo by Dragon Pan on Unsplash
“Saya ada baca kat media sosial yang satu drop vitamin D dah cukup untuk baby. Tapi doktor anak saya suruh bagi 1ml sehari. Yang mana betul ni doc?”
Both boleh betul sekali gus. Ini bukan salah seorang doktor, ini produk yang berbeza.
Garis panduan am untuk bayi selalunya sebut sekitar 400 IU vitamin D sehari, terutama untuk baby yang fully breastfed. Tapi angka tu boleh differ sikit ikut assessment doktor. Yang lagi penting nak faham, setiap jenama vitamin D concentration dia lain. Sesetengah produk, satu drop dah bawa dose penuh sebab dia memang pekat. Produk lain dalam bentuk liquid yang lagi cair, perlu volume lebih besar macam 1ml untuk sampai dose yang sama. Kadang-kadang doktor pun set dose ikut keperluan spesifik anak, contohnya kalau paras vitamin D anak tu pernah dikesan rendah.
Apa yang you baca online tu selalunya cerita pasal produk generic je. Doktor anak you dah check anak you secara langsung, dan dia set dose ikut produk yang dia bagi. So follow arahan doktor anak you punya, bukan general post kat luar sana.
Kalau still ragu-ragu, senang je. Check nama produk kat botol tu, dan tanya pharmacist berapa IU dalam setiap ml atau drop. Confirm sekali je, lepas tu you boleh relax.
Soalan 2

Photo by Tanaphong Toochinda on Unsplash
“Hi doctor, nak tanya, vitamin Seven Seas tu selamat ke untuk anak yang ada G6PD?”
Good question ni, dan penting. G6PD deficiency biasa dikesan time newborn screening kat Malaysia. Bila anak ada G6PD, sel darah merah dia lagi sensitif kepada certain trigger, boleh sebabkan hemolysis (sel darah merah pecah) kalau terdedah kepada certain ubat, makanan tertentu (macam kacang parang / fava beans), atau bahan kimia macam naphthalene dalam mothball.
Multivitamin atau minyak ikan macam Seven Seas biasanya bukan dalam senarai yang perlu dielak untuk G6PD. Tapi saya tak nak cakap “selamat” secara total sebab setiap produk ada bahan tambahan yang lain, macam pewarna atau preservative, dan tu boleh je berbeza ikut formulasi.
Yang paling selamat, check ingredient list kat botol tu dengan pharmacist, atau confirm terus dengan doktor yang manage G6PD anak you. Diorang yang paling tahu senarai trigger untuk case anak you specifically.
Bila kena risau: air kencing warna gelap macam teh, muka pucat tiba-tiba, mata atau kulit jadi kuning, atau anak jadi lesu luar biasa. Kalau nampak macam ni lepas start apa-apa produk baru, stop, dan jumpa doktor terus. Jangan tunggu.
Soalan 3

Photo by Trung Nhan Tran on Unsplash
“Baby saya 2 bulan, hampir setiap malam dia menangis lama dan susah nak dipujuk. Perut dia selalu nampak kembung, lega sikit lepas kentut atau sendawa. Dah few kali saya tukar susu formula sebab ada muntah/refluks juga, tapi belum banyak perubahan. Susu apa yang sesuai untuk baby colic? Perlu tukar formula khas ke, atau kena periksa dulu? Selain tukar susu, apa cara terbaik nak handle colic di rumah?”
Malam-malam macam ni memang exhausting. Dan bila dah cuba beberapa kali still tak nampak beza, memang buat risau lagi.
Kembung dan lega lepas kentut atau sendawa, tu biasanya tanda gas terperangkap, common sangat dalam dua bulan pertama sebab sistem pencernaan baby memang immature lagi. Colic ikut definisi (nangis lebih 3 jam sehari, lebih 3 hari seminggu, lebih 3 minggu, tapi baby sihat dan membesar okay) biasanya better sendiri by 3 hingga 4 bulan. Reflux pula lain sikit, lebih pasal susu naik balik lepas minum. Dua-dua ni boleh nampak serupa dari luar, itu sebab ramai keliru.
Sebelum fikir pasal tukar formula lagi, ada beberapa benda boleh cuba dulu di rumah:
Paced feeding kalau guna botol. Bagi baby minum perlahan, jangan laju sangat.
Sendawa lebih kerap, bukan tunggu habis satu botol. Sendawa di tengah-tengah feed pun boleh.
Angkat baby tegak dalam 20 hingga 30 minit lepas feed.
Urut perut lembut ikut arah jam, atau gerakkan kaki macam mengayuh basikal, untuk bantu keluarkan gas.
Check saiz teat botol. Terlalu laju atau terlalu perlahan, dua-dua boleh sebabkan baby telan lebih udara.
Pasal tukar formula pula, tukar berkali-kali tanpa pattern yang jelas biasanya bukan langkah pertama saya cadangkan. Sebelum pilih formula khas macam comfort atau lactose-free, elok kita nilai dulu sama ada ni colic biasa, reflux, atau ada kemungkinan lain macam sensitivity kepada protein susu lembu. Assessment ni yang tentukan plan yang betul, bukan cuba-cuba sendiri satu-satu.
Bila kena jumpa doktor segera: berat badan tak naik atau turun, muntah kuat sampai menyembur, ada darah dalam muntah atau berak, demam, baby nampak lesu atau tak larat, atau refuse feed berterusan. Kalau ada mana-mana ni, jangan tunggu, datang check.
Dengan simptom yang dah berterusan macam ni walaupun dah cuba tukar formula, elok kita nilai baby secara langsung. Barulah kita tahu punca sebenar dan plan yang tepat untuk dia, bukan teka-teka jei. Boleh mula book assessment di sini: www.drnisakhalil.com/appointment
Itu je untuk Issue #2. Kalau you ada soalan yang selalu terfikir waktu tengah malam, reply email ni je. Soalan you mungkin muncul dalam newsletter minggu depan.
With lots of love and a warm hug,
Dr. Nisa Khalil
Know a parent who’d find this useful? Forward this email. 💜
