Soalan Klinik Minggu Ini: Issue #3

3 soalan sebenar setiap minggu, terus dari klinik dan DM saya

Setiap minggu, saya jawab tiga soalan sebenar yang saya dengar dalam klinik atau DM. Yang biasa orang tanya time tengah malam sambil scroll phone, risau sorang-sorang.

Ini Issue #3 Soalan Klinik Minggu Ini. Minggu ni semua tiga soalan pasal benda yang sama, vitamin D, tapi angle lain-lain. Sebab ni topic yang paling banyak buat parents keliru sekarang.

Baru join? Setiap Jumaat, saya jawab 3 soalan sebenar dari klinik dan DM. This is how it works.

Soalan 1

Photo by Unsplash

Doctor, kitorang tinggal Malaysia. Matahari every day, anak saya pun selalu main outdoor waktu petang. Betul ke dia still perlukan vitamin D drops? Rasa macam buang duit je kalau memang dah cukup matahari."

Perlu. Walaupun kita duduk negara khatulistiwa, ramai baby di Malaysia still kurang vitamin D, dan ni bukan sebab you tak bawa dia keluar.

Ada beberapa sebab. Satu, badan kita perlukan cahaya matahari waktu tengahari untuk hasilkan vitamin D secara semula jadi, biasanya sekitar 10 pagi hingga 2 petang. Waktu petang yang selalu jadi pilihan sebab lagi sejuk, cahaya yang badan perlukan untuk proses ni dah kurang sangat masa tu. Dua, sunscreen, yang memang kita patut pakai untuk protect kulit anak, sekat proses tu juga. Tiga, kulit yang lebih gelap perlukan lagi banyak masa bawah matahari untuk hasilkan jumlah yang sama.

AAP sendiri tak recommend guna matahari sebagai sumber vitamin D untuk baby, sebab risiko kepada kulit lebih besar dari benefit tu. Sebab tu garis panduan paediatrik tetap letak angka sekitar 400 IU vitamin D sehari untuk baby breastfed, full ke partial, tak kira cuaca kat luar cerah ke tidak.

So bukan pasal you kurang bawa dia jemur. Ni memang gap yang biasa dalam iklim macam kita, dan drops tu cara paling reliable nak tutup gap tu.

Kalau you tengah cari, ni satu produk yang saya sendiri selesa dan biasa saya sebut kat parents di klinik: Vitamin D. Macam biasa, check label untuk IU setiap drop, dan kalau ada apa-apa concern pasal dose anak you specifically, tanya doktor terus.

Soalan 2

Photo by Unsplash

"Anak saya dah setahun lebih, dah stop breastfeed. Dia minum susu formula pertumbuhan, tapi tak banyak, mungkin 2 kali sehari je sebab dah makan nasi dan macam-macam lain. Member cakap lepas setahun tak payah vitamin D drops dah sebab dah makan pelbagai. Betul ke boleh stop terus?"

Tak semestinya boleh stop terus, walaupun dia dah makan macam-macam.

Garis panduan yang selalu digunakan (AAP) kata, baby yang minum susu formula boleh stop drops tambahan bila dia dah ambil sekitar 1000ml susu formula yang fortified dengan vitamin D sehari. Tu jumlah yang agak banyak, dan lepas setahun, ramai toddler dah tak minum sebanyak tu sebab dah makan solid lebih banyak.

Untuk usia 1 hingga 18 tahun, banyak garis panduan pemakanan letak keperluan harian sekitar 600 IU vitamin D. Anak yang makan pelbagai, termasuk ikan berlemak, kuning telur, atau susu yang fortified secukupnya, mungkin dah cukup dari diet je. Tapi kalau dia jenis picky, kurang produk tenusu, atau lagi banyak masa dalam rumah dari luar, selalunya masih ada gap, dan continue supplement jadi pilihan yang lagi selamat.

Cara paling tepat, bukan teka dari makanan dia hari ni, tapi kira roughly berapa banyak susu fortified dia ambil sehari, dan cerita dengan doktor dia di appointment akan datang sama ada perlu continue atau boleh stop.

Bila kena risau, walaupun jarang: sakit tulang, kaki nampak bengkok, lambat sangat nak berjalan berbanding anak lain, atau patah tulang yang tak match dengan kejadian yang berlaku. Kalau nampak macam ni, terutama kalau diet dia memang terhad, jangan tunggu, jumpa doktor.

Soalan 3

Photo by Unsplash

"Saya breastfeed anak saya secara eksklusif, dan saya sendiri pun ambil multivitamin yang ada vitamin D. Kalau saya dah cukup vitamin D dalam badan, automatik ke masuk dalam susu saya untuk baby, so dia tak payah drops lagi?"

Tak automatik cukup, walaupun you sendiri sihat dan dah ambil multivitamin.

Susu badan memang rendah kandungan vitamin D secara semula jadi, dan ambil multivitamin biasa, dose harian standard, tak ubah banyak jumlah tu dalam susu you. Sebab tu drops tu memang direka untuk terus masuk kat baby, bukan lalu you dulu. Itu je cara nak pastikan dia dapat dose yang consistent, tak kira berapa banyak vitamin D dalam badan you.

Ada kajian yang tunjuk kalau mak ambil dose sangat tinggi, jauh lebih dari multivitamin biasa, baru kandungan dalam susu naik cukup untuk baby. Tapi tu bukan standard practice, dan tak digalakkan buat sendiri tanpa doktor monitor.

Jadi default yang paling selamat, tetap: you jaga kesihatan you sendiri dengan multivitamin macam biasa, dan baby dapat drops dia sendiri. Dua-dua bukan lebihan. Dua-dua untuk tujuan berlainan.

Itu je untuk Issue #3. Kalau you ada soalan yang selalu terfikir waktu tengah malam, reply email ni je. Soalan you mungkin muncul dalam newsletter minggu depan.

With lots of love and a warm hug, Dr. Nisa Khalil

Know a parent who'd find this useful? Forward this email. 💜

Paediatrician Kuala Lumpur | Dr Nisa Khalil: https://drnisakhalil.com/